Saturday 4 April 2009

Perdana Menteri ke-6 Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan ku ucapkan kepada Dato' Seri Abdullah bin Hj ahmad badawi di atas pengorbanan beliau terhadap negara tercinta ini.Ucapan tahniah juga kepada Dato' Seri Najib Tun Razak yang akan memegang kuasa terbesar negara selepas Yang Di-Pertuan Agung,perdana menteri Malaysia yang ke-6.





Lain orang,lain skill pemerintahannya.Dengan berteraskan semangat "Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan",Najib berikrar bekerja kuat demi rakyat Malaysia.Contohilah gaya pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W, dimana lebih menekankan pemantapan akidah namun tidak meninggalkan aspek2 lain seperti ekonomi dan sosial.Aku sangat2 berharap,dengan peralihan kuasa ini,Malaysia akan lebih maju dan berdaya saing,sekurang2nya mampu mencapai apa yang Tun Dr Mahathir lakukan terhadap Malaysia semasa zaman pemerintahan beliau.






Tak perlu kita berlumba2 membina bangunan pencakar langit yang tidak berfaedah itu,yang penting kebajikan rakyat jelata tanpa mengira agama,bangsa dan warna kulit.Begitu juga dengan rakyat,berikan sokongan penuh terhadap pemimpin kita.Ikut apa yang baik dari mereka, tinggalkan apa yang tidak molek.Masing2 sudah matang,pelbagai cabaran seperti kegawatan ekonomi, kejadian tanah runtuh, peristiwa tsunami dan macam2 ujian yang Allah turunkan, bukan semata2 untuk kita lihat,dengar dan hiraukan,tetapi Dia menyuruh kita berfikir dan kembali kepada landasan yang sebenar.Selamat bertugas perdana menteri ke-6 aku.

Aku selalu doakan agar negaraku bumi bertuah ini sentiasa mendapat petunjuk dan rahmat dari Allah...amin.

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online