Friday 26 February 2010

Pabila tiba 12 Rabiul Awal.

Assalamualaikum,

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para Sahabat serta ahli keluarga Baginda.Lebih 1400 tahun Baginda S.AW meninggalkan umatnya yang tercinta, alhamdulillah kita tidak pernah lupa besday baginda S.A.W.Pelbagai program dianjurkan oleh masjid2 bagi menyambut dan memperingati dan menunjukkan rasa cinta kita terhadap baginda S.A.W.Cukupkah cinta kita sekadar menyertai perarakan Maulidulrasul?Okey gak la daripada xbuat apa2 mcm saya. Mantapkah kasih kita sekadar mendengar ceramah2 mengenai baginda S.A.W tetapi bila habis ceramah,kita kembali kepada kehidupan yang melalaikan.Rasa cinta dapat diungkapkan dengan mengikut apa yang orang kita cintai lakukan @ dengan kata lain mengikut sunnah baginda S.A.W.

okei,kita cuba try test follow together 7 sunnah baginda S.A.W yang nampak simple,tapi si penulis sendiri pun xdapat nak follow.

Pertama,
tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua,
membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga,
jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang
mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat,
jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima,
jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam,
jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya
Allah".

Ketujuh,
amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


So cmne?leh ikut tak.wat perlahan2 dulu.Bertatih dahulu baru kita berlari.Sampai cnie je penulisan sempena Maulidulrasul nie.Apa yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari Allah jua tetapi ditujukan kepada saya bagi memberi peringatan di dunia ini tiada yang sempurna melainkan-Nya.

Assalamualaikum...

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online