Friday 31 October 2008

No luck, just D.U.I.T

Skang dah dok dalam study week.sume student tgh wat preparation tuk final diorang.Ak pon xkan dok poyo jek???wat gak la..tp mcm blur je study....takpe2,usaha dulu.Klu x dapat nak wat cmne????Ms skolah dlu ak slalu dgr ungkapan nie

D=doa
U=usaha
I=istiqamah kut...ak pn x ingat
T=tawakkal.

So,maybe ak rasa kita as student kena terapkan 'duit' nie dalam hidup kita.Tp bagi aku,x ramai yang ada 'duit',just ada 'ui' je.Aku pn sama la.Kadangkala kita belajar bukn sebab nak menuntut ilmu,tp belajar supaya kita score,then pointer baik punye pastu keje.abis cite.Sama la cam aku.Bukan nak menuding cari pada sesiapa,tp nie just nak tarbiah diri sndiri.Lgipon kekadang mmg kena kat diri aku sendiri pon.Nak wat cmne???UBAH MENTALITI????ssh skit la....Kita dah diasuh sejak kecik,UPSR mesti dapat 5A,PMR mesti dapat 9A,SPM kena dapat top 5 student,baru leh jadi popular.hahahah.....dah la.Malas aku nak ngarut lagi.Cma 1 je nak pesan kat diri aku sendiri,klu korang nak terima leh gak....

"Yang dilihat dan diukurnya bukan sejauh mana usahamu,tetapi yang diharapkan islah tawakkal,percaya nan jitu pergantunganmu pada-Nya.Usahalah semampumu...tp jangan sesekali beraqidah bahawa banyak usahamu penentu kejayaan.Berimanlah bahawa Tawakkalmu itu sebenarnyahanya semata-mata paNya...itulah penentu kejayaanmu. kejayaan bukan milik sesiapa...ttp milik Allah..jadi seyakinlah dikau pohon kepadaNya semata2."


Pemimpin Zuhud.



Fox News TV (Amerika Syarikat) di dalam temuramahnya bertanya kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad "Apabila anda melihat ke cermin setiap pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri ?" Beliau menjawab : Saya melihat kepada insan yang berada dalam cermin tersebut dan berkata kepadanya, "Ingatlah, anda adalah tidak lebih daripada seorang hamba yang lemah, menanti di hadapan anda hari ini adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat Iran

Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa.



Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.

Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.

Di bawah pentadbirannya, setiap kali beliau melantik mana-mana individu untuk memegang jawatan menteri, beliau akan mengarahkan individu tersebut untuk menandatangani sebuah dokumen yang menggariskan pelbagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi, terutamanya yang menekankan bahawa individu tersebut harus sentiasa kekal dalam kesederhanaan dan akaun-akaun persendirian serta milik ahli keluarganya akan sentiasa diperhatikan dan perlu meninggalkan pejabatnya kelak dalam keadaan yang bermaruah. Oleh itu, adalah satu kesalahan yang besar untuk individu tersebut dan ahli keluarganya mengambil kesempatan ke atas jawatan yang dipegangnya itu.

Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang 'Besar' iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.

Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya.

Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.

Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitang an di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.

Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi.

Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.

Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.

Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.

Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.

Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi. Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat.

Sewaktu ingin menunaikan solat, anda boleh lihat yang beliau tidak duduk di barisan pertama. Gambar yang lain pula menunjukkan beliau sedang menikmati hidangan makanannya yang amat sederhana.

Friday 17 October 2008

kereta bulan nie~~~Volkswagen Golf R32~~~




Pertama kali aku tengok kete nie terus jatuh hati.Bukan sebab bentuk dia yang best ,tapi kapasiti enjin dia….3000cc tu!!!So,ak nak komen skit pasal kete nie.


Ekzos berkembar di belakang, rim sport 18 inci ,sistem audio dengan 10 pembesar suara, powetr stereng, bahagian dalam yang selesa dan luas menyerlahkan ciri2 kereta lumba walaupon tidak melampau.Kete nie mula2 aku ingat kecik comey je,rupe2nye besa gak la.

Dijana menggunakan petrol dan menghasilkan tork 320 pada 2800-3000rpm membuatkan pemanduan yang lancar dan senyap walaupon pada kelajuan 120km/j.Enjinnya yang didatangi pelbagai sistem seperti ESP,ABS,EDL,TCS dan electronic vehicle immobilizer.Mende pe tah sistem2 nie,aku pon kurang arif…hahahah

So, kepada korang yang minat kenderaan berprestasi tinggi,Volkswagen Golf R32 adalah antara pilihan yang terbaik.Tapi perlu diingatkan,ianya untuk mereka yang btol2 minat kat kereta berprestasi tinggi dan tak lupe jugak yang ber$$$$$...hehhe.paham2 jelah.


Specifikasi.

Model:Golf R32 3.21 V6.
Enjin: 3189 cc
Kuasa : kuasa kuda pada 6300rpm.
Transmisi : 6 kelajuan direct shift gearbox
Kapasiti minyak : 60 L
Harga : RM 302 668.50( tanpa insuran )

 

blogger templates | Make Money Online