Tuesday 24 March 2009

kereta bulan nie----->Honda civic type R.

salam sume...

agak lama aku tak mengepos (betoi ke ayat aku nie) psai keta2 nie...Kali nie aku nak celoteh keta paling digilai ramai(sebab azah ngan anip bercita2 nak pakai keta nie)..




Civic type R nie de 2 jenis.gambaq atas nie keluaran Amerika rsnya.Yang kat Malaysia cam gambo bawah nie keluaran jepun.





Reka bentuknya smacam ngan civic biasa tapi ditambah elemen sport.Dengan rim 18inci ngan spoiler.Gambungan warna rasmi honda (merah n hitam) di bahagian dalam kenderaan menampakkn lagi kegarangan.Takyah la nak tambah pe2 lagi,dah cukup perfect keta nie.

Dengan kuasa 2.0 DOCH I-VTAC,sudah cukup menampakkan prestasinya di jalanan.Meleleh beb awekz2 tengok. Kat Malaysia nie aku xjumpa lagi civic type R nie,maybe xde rezeki lagi.Yang aku jumpa,Type R celup.Dah la pakai Honda City, just tukar lambang honda(type R lain skit lambang dia,background merah).jadi la..daripada xde lansung.

Namun untuk keselesaan,kereta nie bukan satu pilihan y tepat,suspensi yang agak keras.Tp keta keluaran honda lain memang cukup selesa.Berkenaan penggunaan minyak pulak,korang toksah banyak tanya la,dah nama kereta sport.Mcm air keluar blop..blop..blop dri botol.
Tp diingatkan,kereta nampak sempoi smacam nie,sesapa yang berkemampuan je leh pakai.Harganya mau leh beli rumah teres sbijik.

spec jentera kebanggaan honda nie:
  • model:honda civic type R
  • engin:1998 cc 4 silinder 16 injap
  • kuasa: 225 kuasa kuda pada 8000rpm
  • kapasiti minyak:50 L=lbeh kurang $100 tuk minyak penuh.
  • Harga atas jalan: RM 199,800...
p/s: Sdara aku balik kampung naik keta honda je xde penin2 dalam perjalanan,nek keta tempatan tah brape
kali berenti tunggu muntah kuar perabes..
p/s: leh ke deria muntah detect jenis kereta yang kita naiki??




Wednesday 18 March 2009

PPSMI....isu yang tak tahu kesudahannya.


Aku sepatutnya kena wat public speaking:persuasive speech khamis nie.Tp tak tahu tajuk pe yang seswai tuk aku pilih.Dok membelek laman web,aku terlihat tajuk yang hangat diperkatakan skarang nie...PPSMI.





Aku harap korang sume tau mnde pe PPSMI nie.Kalau xtau,bek p jadi wargangara len.Jgn jadi warga negara Malaysia.Aku de usha komen2 yang menunjukkan pro(menyokong) dan kontra(membangkang) PPSMI nie...

Yang PRO...

  • zaman dah berubah,kena ikut globalisasi. Kalau tidak smpai bila kita nak maju.
  • buku2 sains zaman sekarang semua dalam bahasa inggeris.Orang kita je yang dok menulis dalam bahasa melayu.Pastu mula la keluar istilah2 pelik.
  • Manager swasta skarang nak pekerja dia pandai berbahasa inggeris,yang just pandai ckp melayu leh keje ngan kerajaan sj.
Yang KONTRA...
  • Cikgu2 sekolah masih di tahap yang lemah utk mengajar bahasa inggeris bg subjek sains dan matematik
  • Mengguntungkan pelajar bandar saja,sementara itu pelajar luar bandar terkapai2 mempelajari bahasa killer diorang ini.
  • Melenyapkan perasaan cinta terhadap bahasa ibunda.
  • Jepun dan German boleh maju dengan bahasa mereka sendiri,takkan kita dengan bahasa melayu xbleh maju?
*ini komen dari blog orang lain,aku just taip semula je.Kang tak pepasal kena dakwa.

heheh....nie la antara komen dr blog yang pernah aku baca.Skang nie aku nak dengar komen dari pelawat blog aku plak.Komen la pe yang tersirat sangat kat hati korang sume.Tp jangan berlebih2 pulak.Silap haribulan kena masuk lokap.

Thursday 5 March 2009

langkah menuju kesempurnaan iman.

aku baca entry ini,membuatkan terfikir seketika.adakah aku sudah cukup sempurna iman?Adakah cukup amalanku untuk menggapai keredhaan Allah?.........

Hari nie aku nak kongsi ngan semua pengunjung blog aku suatu ilmu yang bermanfaat.Aku copy paste artikel nie dari isuhangat.Harap2 moderator dia x kisah..


01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02. Sabar apabila mendapat kesulitan;

03. Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan;

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;


08. Jangan usil dengan kekayaan orang;

09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur karena kezaliman;

14. Jangan goyah karena fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi
kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah
di masjid;

25. Biasakan shalat malam;

26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah
karena Allah;

33. Berlatihlah untuk banyak berfikir;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah

maaf apabila karena sesuatu sebab tidak
dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan
iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45. Perbanyakkan silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47. Bicaralah secukupnya;

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan
tidak berlebihan;

54. Hormatilah kepada guru dan ulama;

55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;

56. Cintai keluarga Nabi saw;

57. Jangan terlalu banyak hutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar
bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak
bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak
berguna;

61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan
beristighfar;

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas
kejahatan dengan kejahatan lagi;


66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan
pendiriannya;

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan
sesuatu pilihan

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka

yang mendapatkan kesulitan.

70. Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berkata dusta;

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan
mendapatkan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan
dan kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,
lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;

78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang
arif dan bijaksana;

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah
dilakukan;

80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong
karena kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk
agama,bangsa dan negara;

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan
orang lain;

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata
apa-apa;

85. Hargai kejayaan dan pemberian orang;

86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan
dan kesenangan;

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang
bersangkutan tidak menyenangkan.

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai
dengan norma-norma agama dan kemamapuan diri kita;

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani
atau fikiran kita menjadi terganggu;


90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan
bijaksana;

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang
dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain
terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat

menyebabkan orang lain terhina;

93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang
menyangkut teman kita sebelum dipastikan
kebenarannya;

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan

kewajiban;

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat)
dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang
diluar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan
tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan
kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan
kerosakan;

99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan
jangan kaya dengan memiskinkan orang.

 

blogger templates | Make Money Online