Tuesday 6 October 2009

Hari-hari mendatang tanpa dia..

Semalam aku wat kesilapan yang sangat besar dalam idop,kenapa la aku suka meragui kesetiaan seorang yang layak digelar sahabat.Kenapa aku perlu persoalkan perasaannya terhadap aku? Jikalau "masa"semalam boleh kuundur,akan aku lakukan demi persahabatan ini.Tapi itu mustahil, masa mana boleh berundur.Mesin masa Doremon tu tipu belaka.Nak buat macam mana,nasi dah hangus sebab kurang air.Dia ambil keputusan stop berkawan sbb nak jaga hati masing2.


http://hatiperantau.files.wordpress.com/2009/07/sahabat1.jpg

Takpelah,maybe itu yang terbaik untuk dirinya.Aku harap Suatu hari nanti persahabatan ini bersambung kembali.Dan ketika itu, tiada lagi perasaan ragu2 dan sangsi dalam diri aku terhadapnya.

Friday 10 April 2009

kabinet baru Malaysia.

Perdana Menteri

Dato Seri Najib Tun Razak

Timbalan perdana menteri

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Koh Tsu Koon - perpaduan dan prestasi

Datuk Seri Nazri Abdul Aziz - Parliamen

Mej (B) Jamil Khir Baharum - hal-ehwal agama

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancangan Ekonomi (EPU)

Kewangan

(1) Datuk Seri Najib Abdul Razak

(2) Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

Pelajaran

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Pengangkutan

Datuk Seri Ong Tee Keat

Dalam Negeri

Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Penerangan, komunikasi dan kebudayaan

Datuk Seri Dr Rais Yatim

Tenaga, teknologi hijau dan air

Peter Chin

Pembangunan luar bandar, wilayah

Datuk Seri Shafie Apdal

Pengajian Tinggi

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)

Pelancongan

Datuk Dr Ng Yen Yen

Pertanian dan Perniagaan Asas Tani

Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharom (timbalan)

Pertahanan

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Kerja Raya

Datuk Shaziman Mansur

Kesihatan

Liow Tiong Lai

Belia dan Sukan

Ahmad Shabery Cheek
Razali Ibrahim (timbalan)

Pembangunan Sumber Manusia

S Subramaniam

Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Datuk Kong Cho Ha

Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Luar

Datuk Anifah Aman

Wilayah Persekutuan

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin


P/s : ramai muka baru dalam kabinet kali nie.Ada gak yang xde dalam kabinet semasa pemerintahan Pak Lah masuk semula.

Saturday 4 April 2009

Perdana Menteri ke-6 Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan ku ucapkan kepada Dato' Seri Abdullah bin Hj ahmad badawi di atas pengorbanan beliau terhadap negara tercinta ini.Ucapan tahniah juga kepada Dato' Seri Najib Tun Razak yang akan memegang kuasa terbesar negara selepas Yang Di-Pertuan Agung,perdana menteri Malaysia yang ke-6.





Lain orang,lain skill pemerintahannya.Dengan berteraskan semangat "Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan",Najib berikrar bekerja kuat demi rakyat Malaysia.Contohilah gaya pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W, dimana lebih menekankan pemantapan akidah namun tidak meninggalkan aspek2 lain seperti ekonomi dan sosial.Aku sangat2 berharap,dengan peralihan kuasa ini,Malaysia akan lebih maju dan berdaya saing,sekurang2nya mampu mencapai apa yang Tun Dr Mahathir lakukan terhadap Malaysia semasa zaman pemerintahan beliau.






Tak perlu kita berlumba2 membina bangunan pencakar langit yang tidak berfaedah itu,yang penting kebajikan rakyat jelata tanpa mengira agama,bangsa dan warna kulit.Begitu juga dengan rakyat,berikan sokongan penuh terhadap pemimpin kita.Ikut apa yang baik dari mereka, tinggalkan apa yang tidak molek.Masing2 sudah matang,pelbagai cabaran seperti kegawatan ekonomi, kejadian tanah runtuh, peristiwa tsunami dan macam2 ujian yang Allah turunkan, bukan semata2 untuk kita lihat,dengar dan hiraukan,tetapi Dia menyuruh kita berfikir dan kembali kepada landasan yang sebenar.Selamat bertugas perdana menteri ke-6 aku.

Aku selalu doakan agar negaraku bumi bertuah ini sentiasa mendapat petunjuk dan rahmat dari Allah...amin.

Tuesday 24 March 2009

kereta bulan nie----->Honda civic type R.

salam sume...

agak lama aku tak mengepos (betoi ke ayat aku nie) psai keta2 nie...Kali nie aku nak celoteh keta paling digilai ramai(sebab azah ngan anip bercita2 nak pakai keta nie)..




Civic type R nie de 2 jenis.gambaq atas nie keluaran Amerika rsnya.Yang kat Malaysia cam gambo bawah nie keluaran jepun.





Reka bentuknya smacam ngan civic biasa tapi ditambah elemen sport.Dengan rim 18inci ngan spoiler.Gambungan warna rasmi honda (merah n hitam) di bahagian dalam kenderaan menampakkn lagi kegarangan.Takyah la nak tambah pe2 lagi,dah cukup perfect keta nie.

Dengan kuasa 2.0 DOCH I-VTAC,sudah cukup menampakkan prestasinya di jalanan.Meleleh beb awekz2 tengok. Kat Malaysia nie aku xjumpa lagi civic type R nie,maybe xde rezeki lagi.Yang aku jumpa,Type R celup.Dah la pakai Honda City, just tukar lambang honda(type R lain skit lambang dia,background merah).jadi la..daripada xde lansung.

Namun untuk keselesaan,kereta nie bukan satu pilihan y tepat,suspensi yang agak keras.Tp keta keluaran honda lain memang cukup selesa.Berkenaan penggunaan minyak pulak,korang toksah banyak tanya la,dah nama kereta sport.Mcm air keluar blop..blop..blop dri botol.
Tp diingatkan,kereta nampak sempoi smacam nie,sesapa yang berkemampuan je leh pakai.Harganya mau leh beli rumah teres sbijik.

spec jentera kebanggaan honda nie:
  • model:honda civic type R
  • engin:1998 cc 4 silinder 16 injap
  • kuasa: 225 kuasa kuda pada 8000rpm
  • kapasiti minyak:50 L=lbeh kurang $100 tuk minyak penuh.
  • Harga atas jalan: RM 199,800...
p/s: Sdara aku balik kampung naik keta honda je xde penin2 dalam perjalanan,nek keta tempatan tah brape
kali berenti tunggu muntah kuar perabes..
p/s: leh ke deria muntah detect jenis kereta yang kita naiki??




Wednesday 18 March 2009

PPSMI....isu yang tak tahu kesudahannya.


Aku sepatutnya kena wat public speaking:persuasive speech khamis nie.Tp tak tahu tajuk pe yang seswai tuk aku pilih.Dok membelek laman web,aku terlihat tajuk yang hangat diperkatakan skarang nie...PPSMI.





Aku harap korang sume tau mnde pe PPSMI nie.Kalau xtau,bek p jadi wargangara len.Jgn jadi warga negara Malaysia.Aku de usha komen2 yang menunjukkan pro(menyokong) dan kontra(membangkang) PPSMI nie...

Yang PRO...

  • zaman dah berubah,kena ikut globalisasi. Kalau tidak smpai bila kita nak maju.
  • buku2 sains zaman sekarang semua dalam bahasa inggeris.Orang kita je yang dok menulis dalam bahasa melayu.Pastu mula la keluar istilah2 pelik.
  • Manager swasta skarang nak pekerja dia pandai berbahasa inggeris,yang just pandai ckp melayu leh keje ngan kerajaan sj.
Yang KONTRA...
  • Cikgu2 sekolah masih di tahap yang lemah utk mengajar bahasa inggeris bg subjek sains dan matematik
  • Mengguntungkan pelajar bandar saja,sementara itu pelajar luar bandar terkapai2 mempelajari bahasa killer diorang ini.
  • Melenyapkan perasaan cinta terhadap bahasa ibunda.
  • Jepun dan German boleh maju dengan bahasa mereka sendiri,takkan kita dengan bahasa melayu xbleh maju?
*ini komen dari blog orang lain,aku just taip semula je.Kang tak pepasal kena dakwa.

heheh....nie la antara komen dr blog yang pernah aku baca.Skang nie aku nak dengar komen dari pelawat blog aku plak.Komen la pe yang tersirat sangat kat hati korang sume.Tp jangan berlebih2 pulak.Silap haribulan kena masuk lokap.

Thursday 5 March 2009

langkah menuju kesempurnaan iman.

aku baca entry ini,membuatkan terfikir seketika.adakah aku sudah cukup sempurna iman?Adakah cukup amalanku untuk menggapai keredhaan Allah?.........

Hari nie aku nak kongsi ngan semua pengunjung blog aku suatu ilmu yang bermanfaat.Aku copy paste artikel nie dari isuhangat.Harap2 moderator dia x kisah..


01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02. Sabar apabila mendapat kesulitan;

03. Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan;

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;


08. Jangan usil dengan kekayaan orang;

09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur karena kezaliman;

14. Jangan goyah karena fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi
kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah
di masjid;

25. Biasakan shalat malam;

26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah
karena Allah;

33. Berlatihlah untuk banyak berfikir;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah

maaf apabila karena sesuatu sebab tidak
dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan
iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45. Perbanyakkan silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47. Bicaralah secukupnya;

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan
tidak berlebihan;

54. Hormatilah kepada guru dan ulama;

55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;

56. Cintai keluarga Nabi saw;

57. Jangan terlalu banyak hutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar
bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak
bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak
berguna;

61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan
beristighfar;

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas
kejahatan dengan kejahatan lagi;


66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan
pendiriannya;

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan
sesuatu pilihan

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka

yang mendapatkan kesulitan.

70. Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berkata dusta;

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan
mendapatkan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan
dan kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,
lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;

78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang
arif dan bijaksana;

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah
dilakukan;

80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong
karena kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk
agama,bangsa dan negara;

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan
orang lain;

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata
apa-apa;

85. Hargai kejayaan dan pemberian orang;

86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan
dan kesenangan;

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang
bersangkutan tidak menyenangkan.

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai
dengan norma-norma agama dan kemamapuan diri kita;

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani
atau fikiran kita menjadi terganggu;


90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan
bijaksana;

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang
dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain
terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat

menyebabkan orang lain terhina;

93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang
menyangkut teman kita sebelum dipastikan
kebenarannya;

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan

kewajiban;

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat)
dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang
diluar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan
tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan
kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan
kerosakan;

99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan
jangan kaya dengan memiskinkan orang.

Sunday 8 February 2009

Tel Aviv bangga Obama tunduk kepada Israel.


Laman web Daily.pk memetik Tzipora Menache sebagai berkata: "Anda tahu, Amerika yang bodoh juga tahu, kami mengawal kerajaan mereka, tidak kira siapa yang menduduki Rumah Putih. Saya tahu dan anda juga tahu tiada seorang pun Presiden Amerika boleh mencabar kami walaupun jika Israel melakukan sesuatu yang tidak masuk akal. Apa yang boleh mereka (Amerika) lakukan?

"Kami mengawal Kongres, kami mengawal media, kami mengawal dunia hiburan dan kami mengawal segala-galanya di Amerika. Di Amerika, anda boleh mengkritik Tuhan, tetapi bukan Israel."



AKU DAH CAKAP POST SBLOM NIE...

Obama xleh nak diharapkan.yang tinggal hanya pemimpin negara2 islam je.See...skang cmne penyelesaian???nak tunggu imam mahadi mai dlu ke?

Mntak tolong la sesangat kepada pemimpin islam sume,cba la korang sume bersatu menubuhkan pasukan Intifada.Pergi memberi perlindungan kat saudara2 Palestin kita dan membuat serangan balas keatas yahudi.Lupekan la sume kepentingan peribadi y korg lindungi tu.Dunia semakin hari semakin tua.Dah semakin dekat dengan kiamat,takkan dunia leh dibawa bersama.

Aku kat cnie bukn just nk tujukan kat pemimpin sj,jugak kepada diri aku sendiri n sume pembaca blog.Kita hidup senang dan aman kat dunia nie,bukn sebab kita bijak tadbir negara semata-mata,bukn juga just bgun pagi,mandi, p keje,keje,blek keje,then tdoq smula.Tapi kita juga ada tanggungjawab,tanggungjawab sebagai seorang ayah@ ibu,sbgai anak,sebagai pelajar,sebagai pekerja dan len2 lagi.Tapi yang paling utama,tanggungjawab kita terhadap Allah,Tuhan Maha Pencipta.Apa yang Allah suruh kita buat???Dia surh kita

MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN DAN MENINGGALKAN SEGALA YANG DILARANG.


Ungkapan ini sudah cukup merangkumi segala aspek kehidupan kita.Macam mana nak mengajak ke arah kebaikan dalam perspektif serangan israel ke atas gaza nie???Ajak Israel wat renjatan senjata???suh PBB balun israel mcm si ayah membalun anaknya???xleh dah wat mnde...just yang tinggal,boikot leh gak nmpak effect dia.Bg sedikit pengajaran kat diorg.

Cmne plak mencegah kemungkaran???Dah orang islam seluruh dia sound pon x makan saman israel nie,makin boikot ,makin ligat dia balun sdara2 kita.Tunggu pe lagi,hantaq askar islam ke sana.Bagi meggeliat skit israel kena tibai ngan askar2 islam.

Tapi halangan yang paling besar skang nie.....

ADAKAH SESIAPA SANGGUP MENJADI PEJUANG MEMBELA SAUDARA KITA DI PALESTIN???


Ijazah x dapat lagi,x kawen lagi wei....,nak pkai BMW x tercapai lagi,dan 1001 lagi alasan yang menunjukkn kecintaan kita terhadap dunia.Memang benar hadis nabi tp ak xbrani nak tulis smacam.Klu salah leh dosa.Just ak ingat lirik lagu Raihan.

ABABIL


Bagai gempa bumi yang menggegarkan
Tentera bergajah Abrahah
Ingin memusnahkan Kota Mekah
Kerana dengki benci terhadap rumah Allah

Tiada yang mampu untuk membantu
Mukmin hanya berserah kepada yang empunya Kaabah
Yakin dan berdoa
Allah sendiri yang akan menjaganya

Ababil kisah benar dari Al-Quran
Ababil bukan hanya kisah dongengan
Ababil satu bukti bantuan Tuhan
Jika kita bertakwa dan bertawakal kepada-Nya

Burung-burung Ababil dikirim Allah
Melemparkan batu yang panas, batu dari neraka
Menghancurkan bala tentera Abrahah, tanda pembelaanya

Persoalannya mengapakah kita di zaman ini
Dipermainkan sesuka hati oleh musuh kita
Tiada pembelaan dari Tuhan untuk umat ini
Kerna cinta dunia dan takut mati
(al-wahan)
Cubalah kita koreksi diri






Friday 16 January 2009

minggu yang kepenatan dan isu Palestin.

Assalamualaikum dan salam sejahtera sume,

Agak lama gak aku x update blog nie.Nak cakap sibuk ngan test,takde la plak.So petang2 jumaat yang santai sambil dengar lagu Raihan,aku nak mencalit sedikit blog aku nie dengan isu Palestin..

Hari ini,Mahmoud Ahmadinejad(president Iran) menegur dunia arab yang membisu tentang isu Gaza ini.Setelah hampir 1000 orang mati menjadi mangsa peperangan baru la Raja Abdullah(Raja Arab Saudi) terkial2 nak wat sidang tergempar.Apa pengisiannya pon aku taktau tp aku harap jangan la jadi mcm persidangan OIC(ooooo...i see).

Dulu aku ingat dengan perlantikan Barack Obama secara tidak lansung dapat mendatangkan keamanan kepada dunia,tetapi aku silap,Mamat nie wat 'donno' je.Taktau la kalau dia xde kuasa lagi sebab tidak dilantik secara rasmi sebagai President Amerika syarikat.Lepas nie aku tidak sesekali percaya orang kafir lagi.

So,kepada kita yang punya hati perasaan dan sayang kepada saudara kita sendiri.Apa yang perlu kita lakukan???Kalau setakat solat hajat mohon kepada Allah tanpa sebarang usaha tiada guna juga.Just yang kita boleh buat....

BOIKOT BARANGAN ISRAEL DAN AMERIKA.

Banyak giler barang2 diorang yang leh kita boikot:

kfc,Mc D(makan kat kedai mamak sedap lagi),
Coca cola(minum skyjus sudah)
Nestle(nescafe tu xleh...aku de stock nescafe lagi.xminum brape lama dah,yang sem lepas punye)
Maggi(makan mee segera sedaap),
Nokia(jangan beli nokia baru,klu dah pkai tu.xleh wat mnde la),
starbucks(mende tah kedai nie,aku xpenah masuk pon)

so...nie saja yang leh kita bantu saudara2 kita kat palestin tu.Aku mengajak korang sume termasuk diri aku sendiri mintak la korang hindarkn diri dari barang2 nie.De banyak lagi sebenarnya tapi barang2 nie yang biasa ada dalam kehidupan aku sepanjang dok UMP nie.Oklah,harap korang sume sokong perjuangan memboikot nie.

sekian,len kali aku update lagi.
Salam..

Monday 5 January 2009

kita bukanlah....

1.kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh

2.kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin

3.kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome

4.kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa

5.kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat

6.kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang

7.kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah

8.kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut

TAPI...

1.kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain

2.kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan

3.kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri

4.kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain

5.kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah keaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain

6.kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati

7.kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah

8.kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama

Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.sedarlah. bukan senang nak jadi senang.

Thursday 1 January 2009

welcome 1430 hijrah!!!

ASSALAMUALAIKUM,

Tahun 1429 hijrah berlalu pergi,1430 pula datang menerjah.Macam biasa la,tiap2 tahun baru,mesti kena de azam baru.Bercakap tentang azam,pe dia ek azam aku tahun lepas????aku lupe da....hahahahah.Takpe2...wat smula azam baru.Aku de beberapa azam tuk tahun nie:

1.study hard.bagi pointer aku molek skit.alhamdulillah pointer sem lepas capai 3
klu dibanding sem2 sblom nie.Tp masalahnye skg,pointer average aku xsmpai 3 lagi.
paling kurang nak kena dekan tuk capai 3....tkpe2,usaha lebih kuat lagi.

2.Tahun nie nak mantapkan lagi skill sparring aku(walaupon xde skill).aku dah
bosan dok traning tp xseyes nie.Stakat leh p tournament kat U len leh kut,tp tuk
MASUM, kena ukur baju kat badan sndiri dulu ar nmpaknye....hehehe.

2 je azam aku????sikit gler....sbnrnya de lagi tp biaq la sbb remeh sngat nak tulis sume.So,kepada visitor blog aku nie,harap korang leh doakan aku mncapai azam tahun nie.Korang pn aku doakan gak.

owh lupe plak,special thanks kat kekawan aku yang bnyak membantu aku dalam men'score'kan exam aku sem lepas.Tak lupe jugak kat lecturer2 FKM UMP yang mengajor.

sampai kat cnie je kut aku melalut...len kali plak la...dah xde idea.

 

blogger templates | Make Money Online