Thursday 20 November 2008

Qra Qra Strawberry Candy

maybe post kali nie xde kena mngena ngan minat aku...tp nie tuk kebaikan sejagat.Nie pon amek dr blog orang len..harap tuan pnye blog xkisah...



Ini satu peringatan untuk orang-orang yang tak tahu atau mungkin tak peka.Aku dapat dari satu blog pasal benda ni.Dia kata adik dia pegi 7-11 beli gula-gula,bawak balik bungkusan gula-gula ni satu.





Tengok-tengok dekat ingredient dia,masya Allah.







Nasib baik memang takde logo halal.

Yang menjadi isunya bukan pasal logo halal,cuma takde warning dan takde ape2 pun nak informkan dekat orang Islam,terutamanya target produk tersebut,budak-budak kecik.Jadi kalau anda Islam,jika nak beli makanan apa-apa,langkah-langkah yang perlu diambil :

1) Cek logo halal
2) Cek ingredient
3) Kalau ragu-ragu buang

Monday 17 November 2008

kereta bulan nie--->Honda Accord



"bile along dah keje nnti,leh la belikan abah honda accord macam kawan abah nie leh
tak??? ala,kata engineer."

MyEm0.Com

"Pergh.....belikan honda accord tu..ayie pon taktau lagi keje mende bah.Sedangkan orang yang dah lama keje pn pakai kete tempatan,nie plak ayie.Kalau Myvi tu leh gak terima,hehehehe."


bulan nie aku nak cerita kat korang skit ttg kete nie...

Rekaan gaya eropah,gaya je la but made in Japan.Dipadankan dengan rim aloi krom 17 inci membuatkn produk Honda kali ini sukar dikesan kelemahannya.

Ruang antara penduduk y biasanya ruang simpanan biasa tetapi diupgrade dengan soket dan USB.Audio dengan 6 penukar cakera seolah2 perjalanan seperti sedang bersantai di rumah.

Dengan enjin 2.0 SOCH dan 2.4 DOCH i-VTEC telah dipertingkat untuk keseimbangan prestasi dengan pnjimatan minyak.VGR(variable gear ratio) yang merupakan mekanisma utk pnstabilan y lancar dan baik serta radius pusingan y kecil ketika membelok.

spesifikasi:

model 2.4 VTi
enjin: 2354 cc SOCH i-VTEC
kuasa : 180 ps kuasa kuda pd 6500rpm.
Tork: 222 Nm/4300 rpm.
kapasiti minyak : 70 liter.
harga : RM171,800.

Friday 31 October 2008

No luck, just D.U.I.T

Skang dah dok dalam study week.sume student tgh wat preparation tuk final diorang.Ak pon xkan dok poyo jek???wat gak la..tp mcm blur je study....takpe2,usaha dulu.Klu x dapat nak wat cmne????Ms skolah dlu ak slalu dgr ungkapan nie

D=doa
U=usaha
I=istiqamah kut...ak pn x ingat
T=tawakkal.

So,maybe ak rasa kita as student kena terapkan 'duit' nie dalam hidup kita.Tp bagi aku,x ramai yang ada 'duit',just ada 'ui' je.Aku pn sama la.Kadangkala kita belajar bukn sebab nak menuntut ilmu,tp belajar supaya kita score,then pointer baik punye pastu keje.abis cite.Sama la cam aku.Bukan nak menuding cari pada sesiapa,tp nie just nak tarbiah diri sndiri.Lgipon kekadang mmg kena kat diri aku sendiri pon.Nak wat cmne???UBAH MENTALITI????ssh skit la....Kita dah diasuh sejak kecik,UPSR mesti dapat 5A,PMR mesti dapat 9A,SPM kena dapat top 5 student,baru leh jadi popular.hahahah.....dah la.Malas aku nak ngarut lagi.Cma 1 je nak pesan kat diri aku sendiri,klu korang nak terima leh gak....

"Yang dilihat dan diukurnya bukan sejauh mana usahamu,tetapi yang diharapkan islah tawakkal,percaya nan jitu pergantunganmu pada-Nya.Usahalah semampumu...tp jangan sesekali beraqidah bahawa banyak usahamu penentu kejayaan.Berimanlah bahawa Tawakkalmu itu sebenarnyahanya semata-mata paNya...itulah penentu kejayaanmu. kejayaan bukan milik sesiapa...ttp milik Allah..jadi seyakinlah dikau pohon kepadaNya semata2."


Pemimpin Zuhud.



Fox News TV (Amerika Syarikat) di dalam temuramahnya bertanya kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad "Apabila anda melihat ke cermin setiap pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri ?" Beliau menjawab : Saya melihat kepada insan yang berada dalam cermin tersebut dan berkata kepadanya, "Ingatlah, anda adalah tidak lebih daripada seorang hamba yang lemah, menanti di hadapan anda hari ini adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat Iran

Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa.



Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.

Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.

Di bawah pentadbirannya, setiap kali beliau melantik mana-mana individu untuk memegang jawatan menteri, beliau akan mengarahkan individu tersebut untuk menandatangani sebuah dokumen yang menggariskan pelbagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi, terutamanya yang menekankan bahawa individu tersebut harus sentiasa kekal dalam kesederhanaan dan akaun-akaun persendirian serta milik ahli keluarganya akan sentiasa diperhatikan dan perlu meninggalkan pejabatnya kelak dalam keadaan yang bermaruah. Oleh itu, adalah satu kesalahan yang besar untuk individu tersebut dan ahli keluarganya mengambil kesempatan ke atas jawatan yang dipegangnya itu.

Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang 'Besar' iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.

Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya.

Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.

Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitang an di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.

Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi.

Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.

Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.

Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.

Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.

Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi. Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat.

Sewaktu ingin menunaikan solat, anda boleh lihat yang beliau tidak duduk di barisan pertama. Gambar yang lain pula menunjukkan beliau sedang menikmati hidangan makanannya yang amat sederhana.

Friday 17 October 2008

kereta bulan nie~~~Volkswagen Golf R32~~~




Pertama kali aku tengok kete nie terus jatuh hati.Bukan sebab bentuk dia yang best ,tapi kapasiti enjin dia….3000cc tu!!!So,ak nak komen skit pasal kete nie.


Ekzos berkembar di belakang, rim sport 18 inci ,sistem audio dengan 10 pembesar suara, powetr stereng, bahagian dalam yang selesa dan luas menyerlahkan ciri2 kereta lumba walaupon tidak melampau.Kete nie mula2 aku ingat kecik comey je,rupe2nye besa gak la.

Dijana menggunakan petrol dan menghasilkan tork 320 pada 2800-3000rpm membuatkan pemanduan yang lancar dan senyap walaupon pada kelajuan 120km/j.Enjinnya yang didatangi pelbagai sistem seperti ESP,ABS,EDL,TCS dan electronic vehicle immobilizer.Mende pe tah sistem2 nie,aku pon kurang arif…hahahah

So, kepada korang yang minat kenderaan berprestasi tinggi,Volkswagen Golf R32 adalah antara pilihan yang terbaik.Tapi perlu diingatkan,ianya untuk mereka yang btol2 minat kat kereta berprestasi tinggi dan tak lupe jugak yang ber$$$$$...hehhe.paham2 jelah.


Specifikasi.

Model:Golf R32 3.21 V6.
Enjin: 3189 cc
Kuasa : kuasa kuda pada 6300rpm.
Transmisi : 6 kelajuan direct shift gearbox
Kapasiti minyak : 60 L
Harga : RM 302 668.50( tanpa insuran )

Wednesday 24 September 2008

surat dari syaitan.

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu. Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu. Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu. Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya. Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu. Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. Dia sudah mencampakkan aku dari syurga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalaskannya.

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan. Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterima kasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani
Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua , Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.
Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.
Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita. Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMA KASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku mentertawakanmu. Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa. Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu. Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa. Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah keegoanmu semantap mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya. Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang. Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi. Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu. Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

*sekadar renungan bersama.pernahkah kita menerima surat sebegini???

Tuesday 2 September 2008

Salam Ramadhan

Alhamdulillah,dapat jugak aku merasai Ramadhan kali ini.Maklumlah hidup kita ini tak tentu mati bila.Siapa tahu,habis saja aku publish post blog nie,aku dah takde.Selama aku hidup kat dunia nie,aku lbeh menghargai kedatangan Ramadhan daripada Syawal.Aku pon taktau nape?maybe Ramadhan ini unik.Kadangkala aku merasa tenang sekali semasa berada di bulan Ramadhan.Seolah2 takde masalah yang berlaku sedangkan assignment bertimbun n project toksah sebut la.Hari ini hari ke-2 Ramadhan dan aku dapat lihat kesusutan jemaah di masjid.Kalau ms hari pertama,jemaah sampai ke luar masjid,taktau la hari yang mendatang.Sedangkan Malam Lailatulqadar pada 15 malam terakhir.Aku bukan mengajak kejar Lailatulqadar semata2,tetapi kita seharusnya lebih bertambah amalan dari sehari ke sehari.Maybe diorang cibuk ngan assignment n test....agaknye la. Hahahahah,aku pn bukan rajin sangat pon p tarawih.Aku bg nasihat kat sini supaya aku akan turut bersama memperbanyakkan lagi amalan.Allah marah kepada hamba-Nya yang mengajak kepada kebaikan tetapi hamba-Nya itu sendiri tidak melaksanakannya.....


aku rasa stakat itu sj coretan ringkas aku kali nie....selamat berpuasa.Rajinkanlah diri meraih cinta Allah pada bulan yang mulia ini.


Thursday 28 August 2008

8 Kebohongan Seorang Ibu Dalam Kehidupannya

KEBOHONGAN IBU YANG PERTAMA :
Cerita bermula ketika aku masih kecil, aku lahir sebagai seorang anak laki-laki di sebuah keluarga yang miskin. Bahkan untuk makan saja, seringkali kekurangan. Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untukku. Sambil memindahkan nasi ke mangkukku, ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tidak lapar"

KEBOHONGAN IBU YANG KEDUA :
Ketika aku mulai dewasa, ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di kolam dekat rumah, ibu berharap dari ikan hasil pancingan,dia dapat memberikan sedikit makanan bergizi untuk pertumbuhan anak2nya. Sepulang memancing, ibu memasak sup ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu aku memakan sup ikan itu, ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang yang merupakan bekas sisa tulang ikan yang aku makan. Aku melihat ibu seperti itu, hati juga tersentuh, lalu menggunakan suduku dan memberikannya kepada ibuku. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya, dia berkata : "Makanlah nak, ibu tidak suka makan ikan"

KEBOHONGAN IBU YANG KETIGA :
Sekarang aku sudah masuk Sekolah Menengah,demi membiayai sekolah abang dan kakakku, ibu pergi ke koperasi untuk membawa sejumlah kotak mancis untuk ditempel, dan hasil tempelannya itu membuahkan sedikit wang untuk menutupi ke*****an hidup. Di kala musim dingin tiba, aku bangun dari tempat tidurku, melihat ibu masih bertumpu pada lilin kecil dan dengan gigihnya melanjutkan pekerjaannya menempel kotak mancis. Aku berkata : "Ibu, tidurlah, sudah malam, besok pagi ibu masih harus kerja." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak , ibu tidak penat"

KEBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT :
Ketika ujian tiba, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemaniku pergi ujian. Ketika hari sudah siang, terik matahari mulai menyinari, ibu yang tegar dan gigih menunggu aku di bawah terik matahari selama beberapa jam. Ketika bunyi loceng berbunyi, menandakan ujian sudah selesai. Ibu dengan segera menyambutku dan menuangkan teh yang sudah disiapkan dalam botol yang dingin untukku. Teh yang begitu kental tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang yang jauh lebih kental. Melihat ibu yang dibanjiri peluh, aku segera memberikan gelasku untuk ibu sambil menyuruhnya minum. Ibu berkata : "Minumlah nak, ibu tidak haus!"


KEBOHONGAN IBU YANG KELIMA :
Setelah kepergian ayah kerana sakit, ibu yang malang harus merangkap sebagai ayah dan ibu. Dengan berpegang pada pekerjaan dia yang dulu, dia harus membiayai keperluan hidup sendiri. Kehidupan keluarga kami pun semakin susah dan susah. Tiada hari tanpa penderitaan. Melihat kondisi keluarga yang semakin parah, ada seorang pakcik yang baik hati yang tinggal di dekat rumahku pun membantu ibuku baik masalah besar maupun masalah kecil. Tetangga yang ada di sebelah rumah melihat kehidupan kami yang begitu sengsara, seringkali menasihati ibuku untuk menikah lagi. Tetapi ibu yang memang keras kepala tidak mengindahkan nasihat mereka, ibu berkata : "ibu tidak ***** cinta"

KEBOHONGAN IBU YANG KEENAM :
Setelah aku, kakakku dan abangku semuanya sudah tamat dari sekolah dan bekerja, ibu yang sudah tua sudah waktunya pencen. Tetapi ibu tidak mahu, dia rela untuk pergi ke pasar setiap pagi untuk jualan sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakakku dan abangku yang bekerja di luar kota sering mengirimkan sedikit wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, tetapi ibu berkeras tidak mau menerima wang tersebut. Malahan mengirim balik wang tersebut. Ibu berkata : "Ibu ada duit"

KEBOHONGAN IBU YANG KETUJUH :
Setelah lulus dari ijazah, aku pun melanjutkan pelajaran untuk buat master dan kemudian memperolehi gelaran master di sebuah universiti ternama di Amerika berkat sebuah biasiswa di sebuah syarikat swasta.Akhirnya aku pun bekerja di syarikat itu. Dengan gaji yang lumayan tinggi, aku bermaksud membawa ibuku untuk menikmati hidup di Amerika. Tetapi ibu yang baik hati, bermaksud tidak mahu menyusahkan anaknya, ia berkata kepadaku : "Ibu tak biasa tinggal negara orang"

KEBOHONGAN IBU YANG KELAPAN :
Setelah memasuki usianya yang tua, ibu terkena penyakit kanser usus,harus dirawat di hospital, aku yang berada jauh di seberang samudera atlantik terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Aku melihat ibu yang terbaring lemah di ranjangnya setelah menjalani pembedahan.Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap aku dengan penuh kerinduan. Walaupun senyum yang tersebar di wajahnya terkesan agak kaku karena sakit yang ditahannya. Terlihat dengan jelas betapa penyakit itu menjamahi tubuh ibuku sehingga ibuku terlihat lemah dan kurus kering. Aku sambil menatap ibuku sambil berlinang air mata. Hatiku perit, sakit sekali melihat ibuku dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu dengan tegarnya berkata : "Jangan menangis anakku, Ibu tidak kesakitan"

Setelah mengucapkan kebohongannya yang kelapan, ibu tercintaku menutup matanya untuk yang terakhir kali. Dari cerita di atas, saya percaya teman-teman sekalian pasti merasa tersentuh dan ingin sekali mengucapkan : "Terima kasih ibu..!"

Cuba dipikir-pikir teman, sudah berapa lamakah kita tidak menelefon ayah ibu kita? Sudah berapa lamakah kita tidak menghabiskan waktu kita untuk berbincang dengan ayah ibu kita? Di tengah-tengah aktiviti kita yang padat ini, kita selalu mempunyai beribu-ribu alasan untuk meninggalkan ayah ibu kita yang kesepian. Kita selalu lupa akan ayah dan ibu yang ada di rumah.

Jika dibandingkan dengan pasangan kita, kita pasti lebih peduli dengan pasangan kita. Buktinya, kita selalu risau akan khabar pasangan kita, risau apakah dia sudah makan atau belum, risau apakah dia bahagia bila di samping kita?

Namun, apakah kita semua pernah risaukan khabar dari orang tua kita? Risau apakah orang tua kita sudah makan atau belum? Risau apakah orangtua kita sudah bahagia atau belum? Apakah ini benar? Kalau ya, cuba kita renungkan kembali lagi...

Di waktu kita masih mempunyai kesempatan untuk membalas budi orangtua kita, lakukanlah yang terbaik.
Jangan sampai ada kata "MENYESAL" di kemudian hari...

Tuesday 26 August 2008

dalam kenangan.


Pada suatu masa
kita pasti dirisik
pertunangan sejak azali
dihujung hidup berlangsung
perkahwinan dengan MAUT
hantarannya SAKIT dan NAZAK
tamu bertandang
menghadiahkan tangis
pengantin di MANDIkan
dipakaikan baju PUTIH
wangiannya gaharu dan cendana
menjadi pelamin
pengantin bersanding sendirian
diarak keliling kampung
berkompangkan azan
kalimah qudus
aqad nikah dgn talkin
berwalikan liang lahad
bersaksikan nisan- nisa
siraman mawar menjadi renjisan
malam pertama
bersama kekasih yang dindingnya tanah...menuntut janji perkahwinan
zakratul maut

Al-Fatihah,
My Grandpa, Allayarham Hj Yusuf Bin Ibrahim.

Saturday 23 August 2008

mencari sahabat

Pesan Alqamah pada puteranya dalam mencari seorang sahabat :

1 ) Jika engkau membuat bakti kepadanya , ia akan melindungimu.

2 ) Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya , ia akan membalas baik
persahabatanmu itu


3 ) Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ,
ia akan membantumu.


4 ) Jika engkau hulurkan sesuatu kebaikan ia akan menerimanya dengan baik.

5 ) Jika ia mendapat sesuatu kebaikan darimu , ia akan menghargai dan menyebutnya.

6 ) Jika mendapati sesuatu yang tidak baik dari dirimu , dia akan menutupnya.

7 ) Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya , ia akan mengusahakan.

8 ) Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta) ia akan tanyakan padamu.

9 ) Jika datang sesuatu bencana menimpamu , ia akan meringankan kesusahanmu.

10) Jika engkau berkata padanya , nescaya ia akan membenarkanmu.

11 ) Jika engkau merancang sesuatu , nescaya dia akan membantumu.

12 ) Jika antaramu berselisih faham , dia rela mengalah demi kepentingan sebuah
persahabatan.


 

blogger templates | Make Money Online